Write For Us

Kerajaan tak akan hentikan projek di Bandar M'sia, TRX

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Kerajaan tidak akan menghentikan pembangunan di Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) kerana kelulusan awal telah diberikan bagi projek-projek berkenaan.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian di Dewan Rakyat hari ini.
“Bagi TRX dan Bandar Malaysia, kelulusan telah diberikan kepada mereka secara dasar, kelulusan awal telah diberikan.
“(Justeru), kami tidak akan memberi satu kaedah di mana untuk menahan pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan-kawasan tersebut,” katanya.
Sebelum ini, adalah dilaporkan kerajaan persekutuan memohon penangguhan ke atas beberapa jenis pembangunan hartanah mewah di Kuala Lumpur.
DBKL diarah berhenti mempertimbang atau meluluskan projek pembangunan kompleks beli-belah, pejabat, pangsapuri dan kondominium mewah berharga RM1 juta ke atas di ibukota berkuatkuasa 1 November.
Larangan itu susulan kebimbangan Bank Negara mengenai lambakan hartanah sedemikian di pasaran.
Menurut laporan itu, permohonan sedia ada – termasuk pengubahsuaian plan bangunan yang sudah menerima kelulusan pembinaan – perlu mendapat kebenaran sebelum Januari 2018.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment