Write For Us

'Kerajaan teroka semua pendekatan fiskal sebelum pertimbang GST' - Rafizi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
29 Views
Published
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan akan meneroka semua pendekatan lain yang dapat dilakukan sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengembalikan sistem cukai barangan dan perkhidmatan.

Dalam episod pertama podcast kelolaan beliau yang bertajuk 'Yang Bakar Menteri', Rafizi ditanya berkenaan kenyataannya pada September tahun lalu bahawa kerajaan terbuka untuk memperkenalkan semula GST sebagai sebahagian daripada strategi untuk asas hasil yang lebih luas untuk mencapai kemampanan fiskal.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata kerajaan hari ini tiada kecenderungan segera dalam soal percukaian dan sebarang keputusan akan mengambil kira pelbagai implikasi kewangan terhadap rakyat dan ekonomi.

Rafizi berkata, GST bukanlah "penawar mudah" dan kerajaan perlu memperbaiki pelbagai perkara dengan berdasarkan beberapa prinsip utama, antaranya untuk tidak memindahkan beban cukai kepada golongan miskin.

Sumber video:
https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=576896634634622
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment