Write For Us

Kerana Mahathir, dua MP bertelagah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Sidang Dewan Rakyat hari ini gamat apabila berlaku pertelagahan antara ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin dan ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengenai kritikan wakil AMANAH itu terhadap pemimpin BN sehingga mengeluarkan perkataan 'bacul' dan pengecut.
Hanipa mengkritik pimpinan BN yang berdiam diri sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa menjadi perdana menteri dan takut untuk menyoal isu skandal Forex.
Kata Hanipa, apabila Mahathir kini tidak lagi berkuasa, mereka sibuk menyerangnya.
"Saya nak kritik sikit Barisan Nasional ini. Masa Tun Mahathir jadi perdana menteri, tak ada seorang pun nak tegur Tun Mahathir kalau dia buat silap. Sekarang ini sibuk, TV3 hari-hari bantai Tun Mahathir pasal Forex.
"Apabila Tun Mahathir tak ada kuasa, baru boleh bercakap. Ini bukan jantan, tak tahu apa nak cakap. Kita mesti bercakap ketika isu itu tengah panas. Katakan Tun M buat salah, masa dia ada kuasa dulu, masa itu kita bercakap. Masa dia ada dulu, dia batuk pun kita dah takut. Sekarang ini baru nak cakap. Ini pengecut, bacul. Minta maaflah," katanya.
Hanipa ditegur Timbalan Speaker Datuk Seri Ismail Mohamed Said yang melihat ucapannya di luar konteks perbahasan.
"Jangan keluar perkataan macam itu, Yang Berhormat. Sila balik semula kepada pindaan rang undang-undang," kata Ismail.
Kemudian, Abdul Azeez bangun mencelah sambil menyifatkan Hanipa 'syok sendiri' semasa berucap.
"Dia syok sendiri. Kita biarkan dia. Sebab dia pun wayar dah putus satu. Lantaklah dia nak cakap apa pun.
"Sebab dulu dia juga maki Tun M, sekarang dia baik dengan Tun M, dia nak bodek Tun M," kata Abdul Azeez sambil menasihati Hanipa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment