Write For Us

Kereta Polis bertulisan China, PDRM beri penjelasan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
143 Views
Published
Polis Diraja Malaysia tampil menjelaskan isu tular mengenai dua buah kereta polis model PROTON PREVE bertulisan Cina di media sosial.
Menurut Bukit Aman, kenderaan itu hanya untuk tujuan penggambaran filem yang bertajuk The Original Sin, di Putrajaya.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad dalam satu kenyataannya turut berkata filem itu mengisahkan tentang kehidupan seorang pegawai polis di bandaraya rekaan Han City untuk tayangan China.
Asmawati berkata, PDRM memandang serius dakwaan dan persoalan yang dibangkitkan di Facebook page tersebut kerana ia jelas sekali berniat serong dan cuba membangkitkan persepsi negatif terhadap agensi kerajaan.
Oleh itu beliau menasihatkan orag ramai untuk berhemah dan berhati-hati dalam menggunakan platform sosial media serta mengelak dari membuat sebarang kenyaataan yang boleh menjurus kepada fitnah.
Semalam Facebook Mahathir The Legend memuat naik posting berkenaan berserta gambar kedua-dua kereta itu.
Selain itu, Facebook itu juga turut mempersoalkan keistimewaan China sehingga mendapat kelebihan tersebut.
Oleh itu, Asmawati menyeru semua pihak agar menggukan platform sosial media dengan cara yang berhemah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment