Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata kerjasama dengan PAS merupakan antara faktor kemenangan calon BN Ramli Mohd Nor dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands hari ini.
Dalam sidang media selepas pengumuman keputusan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, Mohamad juga menyatakan harapan agar kerjasama antara BN dan PAS itu diteruskan.
Terdahulu, SPR mengumumkan Ramli sebagai pemenang PRK Cameron Highlands. Ia merupakan kemenangan pertama buat BN sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14, dan sejak Mohamad menggalas tugas presiden Umno.
Sementara itu, Mohamad turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail yang menurutnya berjaya menyusun jentera kempen BN dengan lancar.
Tambah Mohamad lagi, kemenangan di Cameron Highlands akan menjadi pembakar semangat untuk BN berdepan PRK Semenyih 2 Mac depan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment