Write For Us

Kes anak saudara Azmin: SPRM profesional, tunggu minggu depan, kata KP

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
108 Views
Published
Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu baru-baru ini berhubung aktiviti melombong pasir di Selangor adalah bebas daripada unsur politik mahupun sebarang pengaruh atau sabotaj, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.
Beliau menegaskan apa-apa tindakan yang SPRM ambil adalah bersifat profesional dan tidak ada sama sekali perkiraan politik.
"Jadi apa-apa tindakan yang SPRM ambil adalah berdasarkan maklumat yang SPRM terima. Dan apabila mempunyai asas kepada maklumat yang diterima maka SPRM jalankan siasatan.
"Semua pihak perlu bersikap profesional dan biar SPRM menjalankan tugas dan tanggungjawab. Biar SPRM selesaikan siasatan yang sedang berjalan. Tunggulah minggu depan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Dzulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan pejabat Menteri Besar Selangor pada 30 Nov selepas majlis menandatangani ikrar bebas rasuah oleh pucuk pimpinan Persatuan Graduan Muda Malaysia (Graduan).
Kenyataan pejabat Menteri Besar Selangor pada 30 Nov mendakwa penyebaran maklumat kononnya anak saudara Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara individu yang ditahan SPRM pada 29 Nov kerana terbabit dalam perlombongan pasir haram adalah berniat jahat.
Kenyataan pejabat Menteri Besar itu bagaimanapun tidak mengesahkan atau menafikan bahawa individu yang ditahan terbabit adalah anak saudara Mohamed Azmin.
Azmin mengulangi kenyataan di pejabatnya hari ini bahawa terdapat konspirasi politik terhadap kerajaan negeri dalam kes itu.
"Saya tidak mahu membuat tuduhan, tetapi saya merasakan dalam kes ini, saya melihat seolah-olah ada konspirasi politik kerana sebelum beliau ditahan, blogger umno telahpun mengeluarkan maklumat ini lebih awal daripada tindakan SPRM.
"Persoalan saya kenapa ini berlaku. Saya tidak mahu tindakan politik mempengaruhi siasatan ini," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment