Susulan kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah di Keramat yang meragut 23 nyawa dua minggu lalu, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP menuntut penjelasan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang merupakan pemilik bangunan sementara itu.
Naib Presiden AMANAH Hasanuddin Mohd Yunus berkata isu mengenai keselamatan di premis yang dikelolakan oleh agensi kerajaan seharusnya menjadi keutamaan.
“Seawal hari pertama lagi, kami di AMANAH telah berada di lokasi, kami buat kenyataan bahawa semua kegiatan agama dikatakan mesti berada di bawah majlis agama Islam, aktiviti membuat sekolah maahad ini, di bawah pemantau mereka, kalau berdaftar kena ikut peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bomba.
“Kalau tak berdaftar pula kena pastikan dibawah pemantauan (kerajaan),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah kediaman penjaga mangsa kebakaran itu di Taman Kosas Ampang.
Sementara itu, Peguam yang juga ahli DAP Zulhazmi Shariff turut membidas sikap berdiam diri daripada MAIWP.
“Bangunan itu adalah bangunan MAIWP. sepatutnya sebagai satu agensi kerajaan dia patut tahu keselamatan dan struktur bangunan, jadi bagaimana pihak berkuasa seperti MAIWP boleh buat bangunan tanpa ciri keselamatan, dan bagaimana DBKL luluskan pembinaan dan tak buat sebarang pemeriksaan bangunan milik persendirian dan agensi kerajaan.
“Sehingga hari ini kita tak dapat penjelasan dari MAIWP sendiri, kita faham dengan (kenyataan) pengetua, tapi pihak MAIWP adalah pemilik bangunan kena beri penjelasan,” katanya.
Sebelum ini portal The Malaysian Insight melaporkan Pengetua Darul Quran Ittifaqiyyah Muhammad Zahid Mahmod enggan mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut sebaliknya meminta para pemberita bertanya kepada MAIWP.
"Ketua polis negara tidak beri saya buat kenyataan. Cuba tanya MAIWP," beliau dilaporkan sebagai berkata selepas ditanya mengenai pemilikan sebenar bangunan tiga tingkat di Datuk Keramat itu.
Akhbar New Straits Times pula melaporkan Timbalan Pengetua Tahfiz itu Roslan Awang Ali pula mendakwa bangunan kini dibawah kuasa MAIWP selepas diserahkan pemilik asal sebagai wakaf (derma).
Namun, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Paimuzi Yahya turut enggan memberikan sebarang komen kerana katanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah berbuat demikian.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment