Write For Us

Kes bunuh, bakar 4 sekeluarga disebut semula 25 Jan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Mahkamah Majistret Telok Datok di sini hari ini menetapkan 25 Jan depan untuk sebutan semula kes bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat di sini, pada minggu lepas.
Majistret Mohd Isa Md Nor menetapkan tarikh itu bagi membolehkan jurubahasa isyarat disediakan memandangkan tertuduh, Kang Chang Heng, 38, tidak memberi sebarang respons ketika pertuduhan pertama dibacakan terhadapnya.
Ini kerana tertuduh yang berasal daripada Kluang, Johor, merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan bisu.
Kang yang hadir di mahkamah memakai kemeja-T kelabu dan berseluar kuning sepatutnya menghadapi empat pertuduhan bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan mendatangkan cedera mengikut Seksyen 324 Kanun sama.
Dalam kejadian pada pukul 5.50 pagi itu, empat sekeluarga dibunuh sebelum dibakar di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat.
Mereka yang terkorban dikenali sebagai Chia Tee Nang, 73; isterinya Lim Mai Shak, 68, dan dua cucu lelaki mereka, Ryan Chia, 9 serta Chia Yuan Bin, 3.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment