Write For Us

Kes CD Allah: Keputusan permohonan Jill Ireland 21 Julai ini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
328 Views
Published
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 21 Julai ini bagi keputusan permohonan seorang wanita dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bagi membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang merampas lapan cakera padat (CD) tentang ajaran agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Zaleha Yusof selepas mendengar hujahan daripada peguam Lim Heng Seng dan hujah balas Peguam Kanan Persekutuan, Munahaiza Mustafa

Pada 11 Mei, 2008, kementerian berkenaan merampas CD itu daripada Ireland mengikut Seksyen 9 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment