Write For Us

Kes dadah di Tanah Merah membimbangkan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
SEBANYAK 4,000 pil kuda bernilai RM40,000 dirampas daripada dua lelaki di tepi jalan Kampung Bukit Gading, Tanah Merah, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan, Zainuddin Md Yusuf berkata, rampasan itu hasil penahanan dua lelaki berusia 24 dan 26 tahun dalam sebuah Perodua Kancil pada 1.45 tengah hari.
Katanya, rampasan dilakukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Task Force Tanah Merah.
Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek berusia 24 tahun positif methamphetamine, selain memiliki rekod jenayah dalam kes kesalahan narkotik.
Katanya, kesemua barang kes dirampas manakala kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula Ahad lalu.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment