Write For Us

Kes dera kanak kanak: Pemilik, dua pekerja taska mengaku tidak bersalah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
201 Views
Published
Seorang pemilik taska termasuk dua pekerja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kajang dekat sini hari ini atas 10 pertuduhan berhubung penganiayaan terhadap seorang bayi perempuan dan dua kanak-kanak lelaki berusia antara 11 bulan dan setahun yang gambar mereka diikat menggunakan kain lampin pada kaki dan tangan menjadi tular di laman sosial Facebook, dua minggu lalu.
Pemilik taska, Sayani Ahmad, 46; penyelia, Nur Azureen Mohamad Nordin, 24; dan pekerja, Nur Hazirah Mohd. Azuki, 25, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim Noridah Adam.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Taska Ilham Kasih, No. 1, Jalan 15/5, Garden Home, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, dekat sini, kira-kira pukul 10.12 pagi, 3 Januari lalu.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan mereka dilarang menganggu mangsa dan keluarganya sementara menunggu sebutan kes pada 21 Februari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment