Write For Us

Kes ditutup libat orang 'berpengaruh' akan dibuka semula - KP SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata bahawa kes lama yang melibatkan kepentingan awam akan dibuka semula termasuk kes pihak yang “berpengaruh” namun enggan mendedahkan butiran lanjut kerana bimbang menggangu siasatan.
Jelasnya, pendedahan maklumat itu mungkin akan menyebabkan penyiasatan SPRM terganggu dan pihak “berpengaruh” yang dicari juga melarikan diri serta ada kemungkinan membawa kepada fail yang disiasat hilang.
“Saya telah menerima memo selepas memo di mana mereka memberitahu saya tidak ada kes, dan saya telah mendapat maklumat dan bukti tambahan.
“Jadi saya perlu teliti fail tersebut dan semak semula bahawa ia sudah ditutup dengan betul atau tidak, "katanya kepada pemberita ketika ditemui di sebuah forum berkenaan Pemilikan Berkesan di Kuala Lumpur pagi ini.

"Saya tidak boleh namakan, kerana jika saya beritahu, mereka (pihak ‘berpengaruh’ yang kesnya bakal dibuka) akan melarikan," kata Latheefa.
“Jadi, jika saya bocorkan perkara berkenaan fail ini, saya risau fail ini akan hilang,” katanya lagi.
Latheefa turut menjelaskan bahawa terdapat lebih dari 10 kes yang bakal disiasat.
Beliau juga menyebut berkenaan sudah mendapatkan maklumat dan aduan untuk membuka semula kes di “Sarawak” dan kematian Teoh Beng Hock.
Semalam, Bernama melaporkan bahawa Latheefa Koya berkata bahawa SPRM akan membuka semula beberapa kes lama yang melibatkan kepentingan awam pada awal tahun depan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment