Write For Us

Kes Guan Eng dirujuk kembali ke Pulau Pinang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Seksyen 62 Akta SPRM yang mensyaratkan tertuduh memfailkan pembelaan sebelum perbicaraan, adalah tidak sah.
Panel hakim lima anggota yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif sebulat suara memutuskan bahawa peruntukan itu adalah mengikut perlembagaan dan bukannya ultra vires dengan Perlembagaan Persekutuan.
Raus juga mengarahkan pengurusan kes rasuah membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng - yang mencabar perlembagaan Seksyen 62 Akta SPRM - diadakan di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang pada 10 Januari 2018.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment