Write For Us

Kes rasuah: Ku Nan dihukum penjara 12 bulan, denda RM2 juta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
65 Views
Published
Tengku Adnan Tengku Mansor telah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta, selepas didapati bersalah menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati Tengku Adnan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan terhadap kes pendakwaan.

Namun, hakim membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Rayuan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment