Write For Us

Kes seleweng dana Jbt Air Sabah, tiga mengaku tak salah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah dan isteri serta penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Negeri mengaku tidak bersalah terhadap 37 pertuduhan menyeleweng dana infrastruktur berjumlah RM61.48 juta dalam bentuk tunai dan simpanan bank serta memiliki barangan berjenama mewah secara menyalahi undang-undang.
Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 54, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas 12 kesalahan melakukan penyelewengan dana infrastruktur berjumlah RM56.9 juta dan memiliki pelbagai jam tangan dan kenderaan mewah yang menyalahi undang-undang.
Beliau juga mengaku tidak bersalah bersama isterinya, Fauziah Piut, 51, atas dua pertuduhan memiliki barangan kemas secara tidak sah, manakala Fauziah juga menghadapi 19 pertuduhan lain, memiliki barangan kemas dan beg mewah serta mempunyai simpanan RM2.2 juta dalam pelbagai akaun bank.
Penasihat teknikal dan kejuruteraan, Lim Lam Peng, 62, yang telah digantung tugas, memohon dibicarakan atas tiga pertuduhan memiliki wang tunai RM2.38 juta dan memiliki kenderaan mewah secara tidak sah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment