Write For Us

Kes SRC: Najib terkejut diarah bela diri - Shafee

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Bekas perdana menteri, Najib Razak, terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahnya membela diri terhadap kesemua tujuh pertuduhan dalam perbicaraan syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC), kata peguamnya.
Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pemberita tengah hari tadi, sebelum ini mereka yakin Najib akan dibebaskan tanpa perlu membela diri.
“Beliau terkejut dan menjangkakan pembebasan daripada ketujuh-tujuh pertuduhan tersebut,” kata Shafee pada sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Menurut peguam terbabit, pihaknya berkeyakinan sedemikian kerana mereka berjaya mematahkan hujah pertuduhan pihak pendakwaan.
"Jadi sudah tentu beliau terperanjat... terkejut adalah perkataan lebih tepat,” tambahnya.
Shafee bercakap kepada media selepas hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, menyampaikan keputusannya dan memutuskan pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie bagi semua tujuh tuduhan yang dikenakan kepada Najib.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment