Write For Us

Kes terpotong kepala zakar ketika bersunat, MMC diarah siasat klinik - S.Subramaniam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
136 Views
Published
Susulan insiden kes kanak-kanak yang terputus kepala zakar ketika bersunat, Kementerian Kesihatan mengarahkan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menyiasat dari segi profesionalisme kedoktoran dan kemudahan yang terdapat dalam klinik itu.
Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata jika siasatan tersebut mendapati terdapat kecuaian oleh pihak klinik, maka tindakan akan diambil mengikut undang-undang.
Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini.
Dalam kes di Jalan Ipoh, kepala zakar kanak-kanak sembilan tahun dikatakan terpotong tanpa sengaja dan doktor pula dikatakan gagal menyambungnya semula dengan betul.
Usaha di sebuah pusat perubatan lain juga tidak berhasil dan kanak-kanak itu dirujuk pula ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Namun, sehari selepas pembedahan, alat kelamin kanak-kanak itu mula kehitaman. Pada 27 Disember, doktor HKL terpaksa memotong sepenuhnya.
Sebelum ini, insiden hampir sama berlaku terhadap seorang kanak-kanak 10 tahun.
Bagaimanapun doktor HKL pada hari sama dapat menyambungnya semula.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment