Write For Us

Kesal insiden tumpah darah, AMK serah pada polis siasat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyerahkan kepada pihak polis susulan insiden kekecohan yang berlaku sewaktu kongres sayap itu berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.
Ketuanya, Akmal Nasir berkata, beliau kesal perkara itu terjadi kerana ia mengganggu kelancaran perbahasan dan sedikit sebanyak memburukkan imej Parti Keadilan Rakyat (PKR) selaku tunjang dalam Pakatan Harapan.
Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, beliau akui kekecohan yang berlaku hampir di luar kawalan memandangkan kehadiran ahli AMK yang begitu ramai, sehingga ada yang tidak dibenarkan memasuki dewan persidangan.
“Saya mengambil maklum terdapat kekecohan dan sedikit salah faham yang mungkin menimbulkan tolak menolak sedikit.
“Sebarang tindakan melibatkan fizikal kita serah pihak polis untuk disiasat... kerana bagi pihak AMK, (perwakilan) kita berbahas dengan baik,” katanya kepada sidang media selepas selesai separuh perjalanan Kongres Nasional AMK 2019.
Kekecohan bermula apabila beberapa perwakilan mendakwa mereka tidak dapat masuk ke dalam kongres oleh pihak keselamatan, kerana tidak mempunyai tag dan pakaian yang bersesuaian.
Keadaan diburukkan lagi apabila sekumpulan remaja berbaju hitam, yang sudah sedia ada dalam dewan persidangan sejak awal, beramai-ramai keluar, sekali gus bertembung dengan kumpulan perwakilan tadi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment