Write For Us

Ketepikan kanser demi datuk, nenek

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
WALAUPUN dirinya didiagnos kanser darah, pelajar perempuan dari Taman Berlian di Kangar masih tidak melupakan tanggungjawabnya dengan menjaga datuk dan nenek yang tua serta uzur.
Pelajar terbabit, Quah Suzy, 17, terpaksa menggalas tanggungjawab itu selepas kematian bapanya pada tahun lalu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya manakala ibunya pula pulang ke Thailand dengan membawa adiknya yang bongsu sejurus bapanya dikebumikan.
Menurut anak sulung dari lima beradik itu, dia bersyukur kerana datuknya, Quah Sew Yap, 65, masih mampu menyediakan keperluan mereka sekeluarga selepas bersara daripada sebuah jabatan kerajaan.
“Saya mula dikesan menghidap kanser darah pada 2014 dan sejak itu saya hilang nikmat hidup apabila semua aktiviti harian menjadi terhad walaupun kini saya dalam fasa untuk sembuh dan masih berjuang.
“Sejak ayah meninggal dunia, datuk yang menjaga kami dan saya membantunya menyediakan sarapan dan menguruskan adik-adik yang berusia antara tujuh hingga 15 tahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Suzy berkata, dia akan membantu datuknya melakukan segala kerja harian di rumah sejurus pulang dari sekolah termasuk menguruskan neneknya yang hanya terbaring di katil akibat sakit tua.
“Memang saya kena kuatkan semangat memandangkan nenek yang sangat uzur tidak mampu membantu menguruskan urusan harian saya dan adik-adik.
“Mujur datuk masih ada dan sanggup menjaga kami dengan menggunakan wang pencennya,” katanya.
Sementara itu, Sew Yap berkata, dia bersyukur kerana cucu sulungnya itu begitu memahami keadaan dirinya yang sudah tua dan sanggup menjaga isterinya selain membantu menguruskan rumah.
“Saya cuma membantu sekadar yang termampu memandangkan kesemua mereka adalah cucu kandung saya.
“Selagi kudrat masih ada, selagi itulah saya akan membantu mereka empat beradik sehingga berjaya menamatkan pelajaran,” katanya.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment