Write For Us

Ketua Menteri Sarawak baharu angkat sumpah hari ini?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
190 Views
Published
Ketua menteri yang baharu dijangka akan mengangkat sumpah hari ini selepas solat Jumaat memandangkan kerajaan negeri tidak dapat berfungsi tanpa ketua menteri dan tidak wujud peruntukan dalam Perlembagaan negeri bagi melantik pemangku ketua menteri.
The Borneo Post melaporkan sumber yang amat arif tentang perundangan dan sistem negeri memberitahu, apabila ketua menteri meninggal dunia atau meletak jawatan, ahli-ahli kabinet negeri perlu meletak jawatan atau dianggap telah meletak jawatan.
Susulan kematian Allahyarham Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem pada Rabu lalu, Sarawak kini secara teknikalnya ditadbir oleh kerajaan sementara, justeru wujud keperluan melantik ketua menteri baharu.
Secara tradisinya, ketua menteri dipilih daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan parti komponen pemerintah terbesar di negeri ini.
Antara nama berpotensi dan diuar-uarkan sekarang ialah Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Abang Johari merupakan Timbalan Presiden PBB, manakala Uggah dan Awang Tengah masing-masing merupakan Naib Presiden Kanan.
Sumber tersebut memberitahu lagi tidak ada peruntukan undang-undang negeri ini bagi membolehkan pemangku ketua menteri dilantik.
Penganalisis menjangkakan ketua menteri baharu kelak mempunyai ruang besar untuk diisi memandangkan beliau perlu memastikan dasar-dasar Adenan seperti isu autonomi berhubung royalti minyak dan gas, Perjanjian Malaysia 1963 dan hal ehwal pendidikan diselesaikan.
Jika gagal, ia akan disusuli dengan kekecewaan kepada rakyat Sarawak yang memberi kemenangan besar kepada Adenan pada Pilihan Raya Negeri 2016.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment