Write For Us

'Ketua negara' disiasat polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Lelaki mendakwa dirinya sebagai ‘ketua negara’, akan disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, kata Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah
Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat kenyataan dikeluarkan lelaki berusia 47 tahun itu yang dibuat dalam satu sidang media di Jasin, hari ini.
Tangkapan ke atasnya juga akan dilakukan sebaik keterangan di bawah Akta Hasutan diperoleh.
Terdahulu, dalam satu majlis di sebuah inap desa di Parit Penghulu, Sungai Rambai, di Jasin, individu dipercayai menggunakan gelaran ‘Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D’zulkarnain’ mendakwa pemilik sebenar kerajaan Melayu dan pemerintah negara ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment