Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang dijangka memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penahanan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Peguam Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Khairuddin berkata beliau telah diarahkan untuk memfailkan surat tuntutan kepada Najib, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
"Kesemua mereka telah mengeluarkan kenyataan terhadap pelanggan saya Khairuddin berikutan penangkapan di bawah Sosma.
"Tuntutan itu adalah dakwaan berniat jahat, fitnah dan penahanan menyalahi undang-undang yang kedua-dua mereka hadapi, yang membawa kepada pertuduhan itu," kata Haniff kepada pemberita selepas kes itu.
Beliau berkata saman itu akan difailkan selepas surat tuntutan disediakan dan selepas Najib membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang.
Ini, katanya, adalah untuk memastikan bahawa isu 1MDB akan digunakan semasa kempen pilihan raya umum.
Hari ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan Khairuddin dan Chang atas tuduhan mensabotaj ekonomi negara apabila hadir di balai polis di lima buah negara untuk membuat laporan terhadap 1MDB.
Mahkamah Tinggi pada 18 November tahun lalu, membenarkan Khairuddin dan Chang diikat jamin selepas memutuskan bahawa tuduhan yang dihadapi mereka bukan kesalahan keselamatan dan tidak tertakluk di bawah Sosma.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment