Write For Us

Khairuddin ziarah Asri, sarapan bersama

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali hari ini menziarahi Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin di kediamannya di Kangar, Perlis.
Lawatan itu dibuat di tengah-tengah kehangatan isu debat melibatkan mereka berdua.
Ia bermula dengan ucapan keras Khairuddin yang menyifatkan mufti itu sebagai “pening” dan mahu “menyekeh” kepalanya jika berkata pindaan Akta 355 tidak wajib.
Pertemuan itu didedahkan oleh Asri melalui Facebook beliau.
Beberapa keping gambar mesra pertemuan itu turut dimuat naik, yang antaranya memaparkan mereka bersarapan martabak dan saling berbalas senyuman – imej yang berbeza sama sekali berbanding ketegangan di media sebelum ini.
Isu debat itu muncul selepas Khairuddin dalam ceramah di Kelantan hampir tiga minggu lalu berkata mahu berdebat dengan sesiapa sahaja berkaitan cadangan pindaan akta yang juga dikenali sebagai Akta 355.
Walaupun mengkritik keras Asri, beliau turut menyifatkan bahawa mufti itu sebagai “sahabat” dan “kawan baiknya”. Bahkan, katanya, mereka berdua turut belajar sekali.
Asri doakan keselamatan perjalanan Khairuddin
Berkaitan cadangan debat, Asri bagaimanapun hanya mahu berdepan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membawa usul untuk melipatgandakan hukuman maksimum Mahkamah Syariah kepada 100 sebatan, 30 tahun penjara dan denda RM100,000.
Khairuddin pula, melalui wakil peribadinya semalam mahu berdepan dengan Asri terlebih dahulu sebelum pensyarah fikah dan usul fiqh Dr Rozaimi Ramle, yang mula-mula menyahut cabaran Khairuddin.
Asri dalam Facebook itu mengucapkan terima kasih atas ziarah ukhuwah Khairuddin, yang juga anggota parlimen Kuala Nerus.
“Beliau datang sendirian dari jauh atas persahabatan antara kami. Selama dua jam kami berbincang penuh harmoni dan cuba sering memahami sudut pandang masing-masing.
“Selepas ziarah beliau terus berangkat pulang ke Terengganu. Semoga Allah memberikan keselamatan untuk perjalanannya,” kata Asri.
Dalam status ringkas itu Asri bagaimanapun tidak menyentuh langsung berkaitan cadangan debat melibatkan mereka berdua.
Asri sebelum ini menjelaskan beliau menolak sikap kafir mengafir, memaki hamun atau melemparkan pelbagai gelaran kepada pihak yang tidak sependapat dengan cadangan pindaan PAS.
Beliau juga berkata bercakap soal keutamaan lain berbanding pindaan akta itu, seperti menyelesaikan masalah ekonomi umat Islam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment