Write For Us

Khalid bersara bulan depan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan beliau akan bersara pada bulan depan, selepas 40 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Portal Berita Harian Online memetiknya sebagai berkata, beliau tidak akan menyambung kontrak perkhidmatannya selepas genap berusia 60 tahun pada 5 September ini.
Khalid memulakan kerjaya dengan PDRM pada 1976 dan pernah menyandang pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan pada 2005 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, seterusnya Ketua Polis Selangor pada Jun 2007.
Beliau seterusnya dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman pada 2010 dan kemudiannya sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada April 2011 menggantikan Tan Sri Husin Ismail yang bersara wajib.
Pada 17 Mei 2013, Khalid yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment