Write For Us

Khalid Ismath dipanggil beri keterangan kepada polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Dua aktivis politik hari ini dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis ekoran kenyataan mereka sebelum ini yang menuntut agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah kes serangan seorang pemandu lori di Ampang, Selangor.
Mohd Khalid Ismath dan Sharan Raj hari ini dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan berikutan laporan polis serta kenyataan yang dibuat mereka pada 23 Januari lalu yang menuntut individu yang menyerang pemandu lori berkenaan dikenakan hukuman lebih berat serta tidak didakwa kerana merusuh.
Khalid dan Sharan memberi keterangan selama kira-kira dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan disiasat di bawah seksyen 499/500 Kanun Keseksaan.
Mereka berdua diwakili tiga orang peguam iaitu Wong Kar Fai, Farida Mohammad dan Shashi Devan.
Selain itu, turut mengiringi mereka ke IPD Shah Alam ialah isteri Khalid bersama keluarga serta pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam.
Sementara itu, selepas selesai memberikan keterengan, Khalid memberitahu bahawa beliau menjelaskan kepada pihak polis bahawa kenyataannya pada 23 Januari lalu tidak berniat untuk memfitnah atau membuat tuduhan kepada pihak berkuasa berkenaan.
Sebaliknya, apa yang dikatakannya hanya satu cadangan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap individu yang menyerang Nasrul Faiz Zulfahmi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment