Write For Us

Khalid Samad didapati bersalah ajar tanpa tauliah di surau

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini memutuskan Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersalah kerana mengajar tanpa tauliah di Surau Taman Semanta, Klang, pada 16 Ogos 2011.
Dalam penghakiman hari ini Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim menjatuh hukuman denda RM2,900 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Khalid sebelum ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Klang atas kesalahan mengajar tanpa tauliah di Surau Taman Semanta, Klang, pada 16 Ogos 2011, mengikut Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Selangor.
Mahkamah Syariah memerintahkan Khalid untuk membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap beliau.
Khalid, ketika ditemui berkata, beliau akan membayar denda itu serta akan merayu terhadap hukuman tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment