Write For Us

Khalid takkan ikut 3 bekas MB S'gor kecuali...

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan tidak akan menyertai mana-mana parti politik dan beliau tidak akan bertanding dalam pilihanraya akan datang, samada kerusi DUN atau parlimen.
Bukanlah sangat bekas pemimpin PKR itu mahu mengikut jejak langkah bekas-bekas MB dalam Barisan Nasional.
Sebaliknya, beliau mahu ketiga-tiga mereka - Tan Sri Mohamad Khir Toyo, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib - untuk berganding bahu dengan beliau berjuang untuk kesejahteraan rakyat.
"Kita bukan hanya berpolitik hanya politik, kita berpolitik kerana pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
"Apa yang saya cakap yang paling penting, bukan dekat mana saya berdiri. Katalah, komponen Umno menyokong saya supaya penyusunan semula industri air (di Selangor) dipercepatkan, saya setuju. Saya cakap baguslah, kita sama-sama kerja lah.
"Saya takut perjuangan kita ni, terhad kepada parti, bukan. Perjuangan kita tu melebihi parti," kata beliau kepada pemberita selepas hadir majlis mengumpul dana bagi PAS di Shah Alam hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment