Write For Us

Khidmat Sultan Muhammad V jadi ingatan di kalangan rakyat

Loading...
Google Rank
29 Views
Published
Peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkuasa hari ini adalah yang pertama berlaku dalam sejarah Malaysia, negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
Peletakan jawatan itu diumumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan petang ini, sekali gus menjawab persoalan dan khabar angin dalam kalangan rakyat berhubung kedudukan Sultan Muhammad V, yang baru saja kembali dari bercuti selama dua bulan.
Baginda memaklumkan peletakan jawatan itu secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang diutus kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.
Dalam sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen Malaysia, pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilakukan secara bergilir pada setiap lima tahun.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment