Write For Us

Khilaf sebagai prosedur, bukan dari segi fakta kes

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
Presiden dan Setiausaha Agung PKR tidak mempunyai kuasa untuk mengubah atau membatalkan keputusan yang sudah dibuat kepemimpinan parti terutama dalam soal pemecatan ahli.
Menegaskan perkara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tiada fasal dalam perlembagaan parti itu menetapkan kuasa sedemikian.
“Fasal berapa dalam perlembagaan parti yang Presiden dan Setiausaha Agung boleh tarik balik pemecatan?
“Tiada perkara seumpamanya bahawa Presiden dan Setiausaha Agung mempunyai kuasa untuk mengubah...tiada,” tegasnya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kasim, bahawa hanya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Saifuddin Nasution selaku Setiausaha Agung, membuat keputusan sama ada perlu menarik balik atau mengekalkan tindakan parti memecat dua ahlinya pada Sabtu lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment