Write For Us

Kisah Maszlee si penjual muruku

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Sebelum dikenali ramai sebagai seorang menteri, sudah bermacam kisah dilalui Dr Maszlee Malik untuk berjaya sampai ke peringkat ini.
Mungkin tidak ramai yang tahu semasa zaman remaja menteri pendidikan itu perlu berusaha sendiri mencari wang untuk menampung keperluan harian.
Justeru beliau menjual kerepek, muruku dan kurma sebagai sumber pendapatan.
Maszlee berkata ketika itu dia tinggal bersama ibu saudaranya.
Rutin harian ketika itu kata Maszlee, ialah mengambil kerepek secara pukal daripada pembekal, belajar dan kemudian menghantar jualannya ke kantin dan asrama sekolah.
"Sebelum itu saya dapat tawaran melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), tapi saya tolak sebab nak belajar pengajian Arab," katanya.
Menceritakan pengalaman lalu itu hari ini Maszlee yang juga anggota parlimen Simpang Renggam berkata dia berniaga pada waktu pagi sebelum belajar agama pada tengah hari.
Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada sesi penyampaian surat pelantikan anggota Majlis Keusahawanan Pendidikan Tinggi Nasional (MKPTN) di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, semalam.
Mengimbau lagi kisah zaman dulu, Maszlee berkata kesemua barang jualan itu diambil dengan menaiki motor Honda C70 dan bungkusan muruku yang dibawa pula lebih besar daripada dirinya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment