Ketua Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang telah disahkan menghidap kanser tahap pertama.
Bagaimanapun beliau telah selamat menjalani pembedahan membuang tumor kecil pada buah pinggang kirinya.
Menerusi satu kenyataan media oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pembedahan pada 19 disember lalu berlangsung dengan baik dan doktor menjangkakan beliau akan kembali pulih seperti sedia kala tanpa sebarang komplikasi.
Tumor kecil pada Kit Siang ditemui ketika pemeriksaan kesihatan berkala dilakukan dan ujian biopsi ke atas tumor yang telah dibuang ini mendapati bahawa ia adalah kanser tahap pertama iaitu kanser tahap paling rendah.
Menurut Guan Eng, sepanjang tempoh pemulihan, urusan kawasan di Gelang Patah akan dikendalikan wakil khas beliau dan pejabat parlimen DAP Gelang Patah.
Manakal Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong akan membantu menyelia kerja-kerja kawasan sepanjang ketiadaan Kit Siang.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment