Write For Us

Kit Siang persoal universiti awam anjur Kongres Maruah Melayu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan mengapa beberapa universiti awam di negara ini perlu menganjurkan Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan pada Ahad ini.
Dalam satu kenyataannya, Lim menyoal sama ada empat universiti berkenaan sanggup menganjurkan kongres untuk meningkatkan maruah kaum lain di negara ini.
Martabat bagi rakyat Malaysia adalah jika setiap kumpulan etnik dan agama di Malaysia menikmati maruah masing-masing - yang selari dengan prinsip asas dalam Perlembagaan Malaysia dan Rukunegara.
Lim dalam kenyataannya turut mempersoalkan sekiranya Kongres Maruah Melayu itu antara lain mampu merangka strategi bagi rakyat Malaysia untuk menjadi lebih yakin dan memerangi ketakutan yang dibayangkan supaya ini boleh membawa negara ke "zaman kegemilangan".
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijadual akan merasmikan kongres itu pada Ahad nanti dengan kehadiran Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan pemimpin kanan Umno. Walau bagaimanapun, Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak diundang.
Penganjur kongres itu berkata majis berkenaan akan membincangkan isu-isu yang melibatkan pendidikan, agama, budaya, politik dan ekonomi dari perspektif Melayu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment