Write For Us

Kit Siang: S'wak jangan salah guna kuasa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Di saat kerajaan Sarawak mahu menegakkan hak negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, mereka tidak boleh menyalahgunakan kuasa negeri dengan menghalang mana-mana pihak untuk masuk atas tujuan politik, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
"Ketetapan itu sangat jelas yang kegiatan politik yang sah dibenarkan, bahawa mana-mana warga dari Semenanjung Malaysia tidak boleh dihalang masuk untuk kegiatan politik yang sah.
"Untuk terus menyekat pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) adalah satu pencabulan terhadap Perjanjian Malaysia 1963," katanya.
Katanya lagi, kerajaan Sarawak perlu menunjukkan contoh yang baik agar perjuangan mereka untuk mengembalikan hak-hak negeri dalam perjanjian itu lebih dihormati.
Lim yang juga anggota parlimen (MP) Gelang Patah itu bercakap kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini.
Beliau mengulas tindakan kerajaan Sarawak menghalang beberapa MP PKR daripada masuk ke negeri itu semalam, iaitu Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) yang disekat di Lapangan Terbang Miri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment