Write For Us

"Kita bernasib baik cuma 19 kes Covid-19" - PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
75 Views
Published
Kerajaan Malaysia dilihat berkesan dalam mengawal penularan epidemik Covid-19 di negara ini, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berharap usaha itu dengan kerjasama pelbagai pihak diteruskan bagi melindungi rakyat Malaysia daripada dijangkiti virus itu.
"Kita berjaga-jaga dari awal, kita memeriksa mereka yang datang ke Malaysia terutama dari China dan kalau kita sangka mereka membawa virus itu kita masukkan mereka dalam kuarantin 14 hari.
"Orang kita di Wuhan yang dibawa balik juga dikuarantin 14 hari ...dengan cara ini setakat ini kita bernasib baik kerana ada 19 kes sahaja dan daripada 19 itu kebanyakan orang (rakyat) China juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Fasa 2: Villa Sirehan dan melawat tapak projek 1: Rebungan Resort Langkawi di Ulu Melaka, di Langkawi hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment