Write For Us

Kita mesti bantu MCA untuk bangun kembali - Ismail Sabri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub mengalu-alukan pendirian parti MCA untuk terus kekal dalam gabungan BN.
Mengakui sudah menjangka keputusan itu kerana menurut Ismail perbincangan semasa mesyuarat Agung BN tidak membuat sebarang keputusan.
Menjawab soalan wartawan mengenai keperluan mengekalkan MCA dalam BN kerana hanya mempunyai satu kerusi Parlimen, Ismail berkata Umno tidak akan meninggalkan 'sahabat' (MCA) walaupun sekarang berada dalam keadaan susah dan akan membantu MCA untuk bangkit kembali.
Semalam Jawatankuasa Pusat MCA mengumumkan bahawa parti mereka akan terus bersama BN untuk mengekalkan kerjasama pelbagai kaum.
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong yang mengumumkan perkara itu berkata, parti mereka berdepan dengan dua pilihan ketika membuat keputusan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment