Write For Us

Kita mesti berani berdepan dengan mereka, kata Khairy

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
144 Views
Published
Aspek mentaliti untuk berjaya, keberanian dan kesamaan perlu diterapkan di dalam hati dan minda anggota Umno bagi memastikan parti itu dan Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah negara ini buat selama-lamanya.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata ketiga-tiga aspek itu perlu diberi perhatian bagi menghadapi pelbagai dugaan dan kontroversi melibatkan nama baik negara mahupun presiden parti Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun sokongan terhadap Umno dan BN belum 100 peratus pulih, Khairy yang merupakan Menteri Belia dan Sukan menyifatkan keyakinan serta mentaliti untuk berjaya itu amat penting bagi mendapatkan mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Dalam pada itu, Khairy berkata anggota Umno juga perlu berani ketika berdepan dengan cabaran beberapa individu yang bukan calang-calang orangnya keluar parti Umno dan menentang secara habis-habisan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment