Write For Us

'Kita tak akan berundur hanya kerana perhitungan undi dan politik melayu'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu tidak perlu berundur daripada konsep Islam yang inklusif dan progresif hanya kerana undi.
"Kita tak akan berundur (daripada konsep ini) hanya kerana perhitungan undi dan politik Melayu...Yang terperangkap dalam sifat melampau Umno dan kesempitan agama oleh parti silam (PAS)," katanya merujuk parti lamanya iaitu PAS.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan di Konvensyen Amanah Nasional 2018 di Ipoh, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tidak perlu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) kerana ia sentiasa mendukung konsep keadilan untuk semua
Katanya, ini kerana konsep keadilan, kesaksamaan dan kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan terus ditegakkan.
"Kita tak perlukan Icerd. Kerajaan lain yang menzalimi kaum dan budaya lain pastinya memerlukan (konvensyen PBB itu)
"Jika pemerintahan (seumpama ini) yang kita dukung, kita tak perlu ratifikasi Icerd. Amanah akan pastikan kita mendukung keadilan untuk semua dan membanteras segala bentuk diskriminasi dan perkauman," katanya lagi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment