Write For Us

Kita tak mahu Jamal 'jamban' jadi pemimpin - Pemuda PKR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Tidak mustahil individu seperti ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memimpin negara ini jika kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal melakukan perubahan daripada semua aspek.
Ini amaran yang disampaikan Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad pada kongres sayap parti itu di Shah Alam hari ini.
"Kita tidak mahu 'Jamal Jamban' datang jadi pemimpin, tetapi tidak mustahil," katanya.
Jamal 'jamban' adalah gelaran yang diberikan seteru politik kepada pemimpin gerakan Baju Merah itu selepas tindakannya mengadakan sidang media di dalam sebuah tandas di bangunan Umno Selangor di Shah Alam, dua tahun lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment