Write For Us

'Kita tak tahu hutang mak bapa kami berapa'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
238 Views
Published
Insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk peneroka Felda dilihat tidak menyelesaikan perkara asas dalam badan itu, kata Penasihat Suara Generasi Kedua Felda (SGK2F) Datuk Zulkifli Nordin.
“Kami menghargai komitmen (Perdana Menteri) tapi kita nak tambah dan cakap bahawa enam insentif yang diumumkan tidak menyelesaikan masalah asas yang berlaku di Felda,” katanya dalam sidang media di Hotel Grand Season Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda iaitu ladang tidak diuruskan dengan baik serta penyata hutang tidak diberikan kepada peneroka.
Kumpulan Pendesak itu turut berkata bahawa mereka lebih gembira sekiranya Najib mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan mengambil perhatian untuk menguruskan ladang dengan lebih baik.
Semalam Najib mengumumkan enam insentif untuk peneroka sempena Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2017 di Putrajaya.
Suara Generasi Ke 2 Felda merupakan kumpulan pendesak yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment