Write For Us

#Kitalawan: 6 termasuk 2 ADUN dibebaskan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membebaskan dua wakil rakyat Perak dan empat yang lain atas tuduhan menghalang anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika bantahan #Kitalawan, pada bulan Mac 2015.
Majistret Nur A'Minahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu selepas mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan, hari ini.
Dalam membuat keputusan untuk membebaskan enam tertuduh, Nur A'Minahtul Mardiah berkata pihak pembelaan berjaya mengemukakan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
ADUN Simpang Pulai Tan Kar Hing dan ADUN Teja Chang Lih Kang, bersama-sama dengan Chee Chu Sang, N Tamilarason, Yong Ming Chong dan Gan Zhi Mou didakwa menghalang Mohd Haryadi Mohd Nor dan pasukannya daripada menjalankan tugas mereka pada 30 Mac 2015.
Semua mereka didakwa bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment