Write For Us

KJ: Dakwaan "menteri kanan" letak jawatan tidak berasas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
135 Views
Published
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap dakwaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa akan ada "menteri kanan" dari kerajaan akan meletak jawatan dilihat sebagai tidak berasas.
Khairy juga pelik bagaimana Azmin mendapat berita itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini.
Terdahulu, baru-baru ini kecoh seketika apabila Azmin bertanya siapa "menteri kanan" yang dakwanya akan meletakkan jawatan kerana 'tidak mahu bersubahat' dengan isu 1MDB.
Bagaimanapun melalui status Twitter itu Azmin tidak menyatakan secara jelas menteri berkenaan, sebaliknya sekadar melontarkan pertanyaan.
"Benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan? Khabarnya beliau tidak mahu bersubahat dengan 1MDB. Cuba ikuti perkembangan," kata Azmin di Twitternya petang tadi.
Kenyataan itu bagaimanapun tergantung begitu saja.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment