Anggota parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menafikan beliau mengusulkan parlimen membincangkan isu peralihan kuasa dari Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Menerusi catatan di media sosialnya, Khairy berkata “Saya menafikan telah menghantar apa-apa pemberitahuan atau surat kepada pejabat setiausaha Dewan Rakyat bagi membawakan usul seperti dalam gambar yang telah disebarkan.
“Tindakan pihak yang telah menyamar dengan menggunakan nama saya adalah sangat tidak bertanggungjawab dan suatu fitnah yang boleh menjejaskan reputasi saya sebagai ahli parlimen yang mewakili kawasan Rembau dan parti BN,” katanya.
Justeru, Khairy berkata surat itu adalah palsu.
Hari ini, surat yang menggunakan namanya itu tular di media sosial.
Ia bertarikh 20 November dan dialamatkan kepada setiausaha parlimen Roosme Hamzah.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment