Write For Us

KJ: Perbicaraan Najib rumitkan BN di Rantau

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Perbicaraan kes bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di mahkamah sedikit sebanyak merumitkan kempen BN di Rantau, kata anggota parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.
“Jadual perbicaraan juga agak merumitkan kita di Rantau tetapi kita tidak akan ambil mudah perkara ini.
“Sedikit sebanyak isu ini perlu dijawab dan perlu diberikan penerangan,” katanya.
Perbicaraan kes pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa melibatkan dana bekas anak syarikat 1MDN, SRC International berjumlah RM42 juta bermula kelmarin.
Najib berdepan keseluruhan 42 pertuduhan di mahkamah selepas BN kecundang buat pertama kali dalam sejarah penguasaan 61 tahunnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment