Bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyalahkan presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan bekas anggota majlis tertinggi Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar daripada parti itu.
Memetik di Twitternya, beliau berkata kerjasama yang dihulurkan parti itu dengan PAS menyebabkan Umno kini 'kehilangan sinarnya'.
Mustapa, yang mendapat undi terbesar dalam pemilihan majlis tertinggi Umno mengumumkan peletakan jawatannya malam tadi.
Dalam pengumumannya, beliau percaya hala tuju yang diambil Umno pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini dan tidak banyak usaha untuk melakukan proses rejuvenasi parti itu.
Angota Parlimen Jeli itu juga berpendapat usaha ke arah memulihkan imej dan kepercayaan terhadap parti itu kini semakin sukar.
Pada 15 September lalu, Zahid mengetuai delegasi pemimpin Umno menghadiri muktamar PAS di Kuala Terengganu.
Zahid juga dilapor berkata beliau percaya jalinan kerjasama antara Umno dan PAS adalah jujur atas persefahaman dalam menegakkan syiar Islam
Bagaimanapun, Zahid berkata pembentukan sebuah gabungan pembangkang untuk menghadapi PRU15 perlu diperhalusi di pelbagai peringkat.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment