Write For Us

K'jaan jangan tunduk pada kumpulan guna isu kaum, agama

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Anggota Majlis Tindakan Ekonomi Negara Rafidah Aziz menggesa kerajaan agar tidak tunduk kepada golongan yang suka memainkan isu kaum dan agama.
Menurutnya, golongan itu - yang berterusan menggunakan isu kaum dan agama - hanyalah melibatkan minoriti rakyat Malaysia sementara majoritinya tidak berbuat demikian.
"Sejak sedekad lalu, mereka menunjukkan kecenderungan xenofobia dan naluri colloquial," katanya ketika berucap dalam forum di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata golongan minoriti itu akan mempengaruhi orang lain menerusi media sosial dan medium lain.
"Ini adalah perkara yang perlu kita berhati-hati kerana unsur seperti ini ada risiko untuk berterusan mengapi-apikan perpecahan antara kaum dan agama," katanya yang juga bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri.
Katanya lagi, rakyat menunggu untuk melihat bagaimana kerajaan akan mengubah dasar hanya untuk memuaskan hati mereka yang berfikiran sempit.
"Ini bukan cara untuk mentadbir negara. Anda tidak mentadbir untuk memuaskan hati golongan berdasarkan agama, kaum atau keturunan. (Tetapi anda perlu) puaskan hati semua orang (dalam negara)," katanya lagi.
Katanya, kerajaan perlu mula berusaha ke arahnya walaupun mengakui ia bukan sesuatu yang mudah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment