Write For Us

K'jaan setuju secara prinsip pengundi didaftar automatik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
76 Views
Published
Kerajaan secara prinsip setuju dengan cadangan pembangkang agar pindaan Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan - untuk menurunkan had umur pengundi - turut melibatkan pendaftaran pengundi secara automatik, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Bagaimanapun menteri belia dan sukan itu berkata perkara itu tidak dapat disertakan dalam usul pindaan yang akan dibaca esok.
"Secara prinsipnya kita setuju dengan syarat itu, tetapi dari segi pelaksanaan ia perlu diperhalusi. Saya sudah maklumkan kepada mereka (anggota parlimen pembangkang) semasa sesi penerangan hari ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata antara perkara yang perlu diambil kira sebelum pendaftaran automatik dilaksanakan ialah individu yang sudah mati yang masih ada dalam daftar pemilih, serta saringan nama individu yang dihukum penjara atas kesalahan jenayah.
Pendaftaran automatik memang termasuk dalam manifesto PH dan kajian berkenaannya sedang dijalankan, katanya.
Beliau mengulas syarat yang diberi anggota parlimen pembangkang untuk menyokong usul pindaan Perkara 119 (1).
Selain pendaftaran automatik, pembangkang menggesa umur layak bertanding pilihan raya diturunkan kepada 18 tahun yang memerlukan pindaan Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan.
“Kita tak akan sokong kalau tak sama, maksudnya, masuk saja umur 18 tahun secara automatik seseorang itu terdaftar sebagai pemilih di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan sekali gus layak menjadi calon pilihan raya,” kata Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob.
Usul pindaan bagi menurunkan had umur layak mengundi bakal dibentang Syed Saddiq esok.
Ia memerlukan sokongan dua pertiga anggota Dewan Rakyat. Pada masa ini PH kekurangan sembilan kerusi Parlimen untuk majoriti itu.
Justeru usul tersebut memerlukan sokongan anggota parlimen pembangkang untuk diluluskan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment