Seramai 1,000 peserta dari seluruh negara akan memulakan cabaran dalam program intervensi menurunkan berat badan secara maya dalam kebiasaan baharu, I Fit and Eat Right (V+IFitEr), selama lapan minggu mulai esok.
Program sehingga 17 Okt bertemakan 'Bukan Soal Kurus' itu merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan bersama Pertubuhan Pencegahan Obesiti Kanak-Kanak dan Dewasa, dilancarkan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba di Putrajaya.
Dr Adham ketika melancarkan program itu berkata program penurunan berat badan tanpa bertemu dengan jurulatih secara fizikal itu membolehkan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup aktif dalam keadaan pergerakan terbatas ekoran pandemik COVID-19.
Dianggarkan lebih 400,000 warganet akan terlibat secara tidak langsung sepanjang tempoh intervensi berjalan selama lapan minggu.
Hadir sama pada pelancaran itu ialah jurulatih kecergasan popular Kevin Zahari.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment