Write For Us

KKM kenal pasti 25 kluster, subkluster COVID-19

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
54 Views
Published
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat ini mengesan 25 kluster dan subkluster individu yang dijangkiti COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling ehingga kini kekal sebagai kluster terbesar, mewakili 40 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit yang disahkan positif wabak berkenaan.

“Kluster lain kita sudah umumkan, tetapi masih ada kluster kecil yang kita belum umum lagi.

“Oleh itu, kita jalankan pengesanan dan ujian saringan secara aktif, selain memberikan rawatan terbaik kepada setiap kluster,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment