Write For Us

KL banjir kilat: Pembentung gagal tampung air

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Limpahan air yang teruk di Jalan Bangsar di ibu negara adalah berpunca daripada pembetung sedia ada yang tidak dapat menampung jumlah aliran air ketika hujan lebat petang tadi.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan Bernama berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan bahawa aliran balik telah menyebabkan mendapan sedimen daripada tapak pembinaan.
“Saya meminta JPS menjalankan siasatan rapi dan menyerahkan laporan kepada saya secepat mungkin,” katanya.
Hujan lebat yang turun sejak tengah hari melanda beberapa kawasan di Lembah Klang sehingga mengakibatkan banjir kilat di beberapa jalan utama.
Antara laluan yang dilapor terjejas ialah Lebuhraya Persekutuan berhampiran Bangsar South, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 berdekatan Bukit Jalil dan Lebuhraya LEKAS di susur keluar Kantan Permai Kajang.
Gambar-gambar berkaitan banjir itu turut membanjiri media sosial.
Berdasarkan maklumat pengguna maya, orang ramai antaranya dinasihatkan mengelakkan Lebuh Raya Persekutuan apabila air berlumpur dilihat menenggelamkannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment