Write For Us

Kombinasi klasik dan moden menerusi konsep Mid Century Modern

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Sebelum ini konsep digunakan Wan Salfarini Wan Hamat untuk hias ruang dalam rumah ialah gaya Scandinavia iaitu lebih ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih bersama sedikit elemen kayu berbanding gaya Mid Century Modern iaitu elemen klasik dan moden.
"Saya beralih kepada pilihan Mid Century Modern setelah mula rasa jemu dengan konsepScandinavia. Maklumlah saya dan suami penat bekerja mahukan suasana atau ‘mood’ baru untuk ruang dalam kediaman.
“Jadi saya mula kerja ubahsuai ruang dalam rumah satu demi satu. Bermula dengan menukar meja utama di ruang makan kerana memikirkan ia terlalu besar sehingga mengganggu ruang tamu.
“Saya jual meja berkenaan dan cari meja berdasarkan konsep Mid Century Modern. Untuk trend sekarang, meja permukaan permukaan kayu tetapi dimodenkan menerusi kaki meja diperbuat daripada logam hitam lebih sesuai.
“Namun untuk kerusinya, saya tidak beli daripada set yang sama. Saya gunakan pelbagai rekaan kerusi iaitu sebahagian adalah kerusi kayu dan sebahagian lain ialah rotan. Malah untuk setiap kerusi rotan itu juga daripada rekaan yang berbeza,” katanya.
Kata Wan Salfarini lagi, sudah menjadi kelaziman untuk setiap kerja menata rias ruang, dia akan memastikan membuat lakaran dan senarai item diperlukan terlebih dahulu agar tidak berlaku pembaziran.
Selain perabot, antara menarik pada deko ruang konsep berkenaan ialah penggunaan perincian lampu berlainan pada setiap ruang yang berbeza. Antaranya rotan, logam yang moden serta potongan klasik.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment